Tuesday, 7 April 2020

BAB 9 : PENGURUSAN DISIPLIN


BAB 9 : PENGURUSAN DISIPLIN J J


                
DEFINISI DISIPLIN : Disiplin bermaksud peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik ;dan kepatuhan atau ketaatan pada tatatertib dan peraturan.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

√ Menurut T.Rusyandi, 1997 disiplin juga diertikan sebagai suatu sikap atau tingkah laku dan perbuatan yang sesuai dengan tata aturan atau norma yang digariskan.

√ Menurut Amier Daien Indrakusuma, 1973 disiplin  juga merupakan kesediaan untuk mematuhi peraturan-peraturan dan larangan-larangan.

√ Menurut Kamus Dewan disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. 

≥ Namun begitu, di sekolah pula disiplin menjadi satu daya kawalan sosial para pelajar bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman serta keadaan yang teratur agar proses PdP dapat berjalan dengan lancar. Dalam konteks lain, disiplin memainkan peranan yang signifikan untuk para pelajar membentuk siasiah diri yang terpuji.

PELILING IKHTISAS
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar” 

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
“….masalah disiplin mendapat  perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.”

“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”

SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003
Kuasa Guru Merotan Murid
Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.

Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.

Surat KPM KP(BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001
Pengurusan Pelajar Secara Kolektif

Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.

=Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.

Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983
Mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran.

Contoh ,
Mengetuk : menyekel : menampar : mencubit hingga lebam : memulas telinga : mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga : mencela : mendera seperti berlari keliling padang & menjemur

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1991
Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah

Saya menarik perhatian tuan berhubung dengan kegagalan pihak sekolah melaporkan insiden berbentuk jenayah yang berlaku di sekolah oleh pelajar kepada pihak polis.
Mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh,mendatangkan kematian tanpa niat,membunuh dan cuba membunuh,merompak,membakar bangunan,memeras ugut,menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau kedua-duanya sekali.

SURAT PEKELILIN G IKHTISAS BIL.6A / 1975
Murid-Murid Menghisap Rokok
  1. Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan.
  2. Penghisapan dadah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan.
  3. Semua murid diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.
  4. Pengetua/Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (Period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/1997
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
Kesalahan Kali Pertama         :           Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua                       :           Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga                       :           Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat       :           Gantung Sekolah
                                                           (Tidak Melebihi 14 hari)
Kesalahan Kelima                  :           Buang Sekolah.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.5/1997           BERTARIKH 22 MEI 1997
Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok
Suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.

Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, SEMUA GURU,KAKITANGAN,IBU BAPA atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.

Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik berselindung.

FAKTOR-FAKTOR MASALAH DISIPLIN PELAJAR
  .  Rakan sebaya
  .  Keluarga
  .  Kesedaran pelajar
  .  Teknologi
  .  Agama 

 Secara tuntasnya, bidang pendidikan merupakan salah satu tunjang utama untuk memajukan lagi pembangunan negara. Pendidikan memainkan peranan signifikan dalam mengawal disiplin pelajar ketika di sekolah. Oleh hal yang demikian, para pelajar  perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa dan dapat berkhidmat kepada negara kelak. Atas dasar ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dalam pelbagai bentuk untuk menangani masalah disiplin murid. Justeru, hal ehwal disiplin pelajar mestilah diambil berat oleh pihak sekolah selain pihak ibu bapa juga.

RUMUSAN : Kesimpulannya, pengurusan disiplin di sekolah mestilah dijaga dengan rapi kerana masalah disiplin dalam kalangan pelajar berada di situasi yang agak serius. Kes-kes disiplin seperti ponteng sekolah dan tidak menghormati guru kian berleluasa. Di samping itu, kes buli semakin serius dalam sekolah di Malaysia sehingga mangsa buli meninggal dunia. Jadi, pengurusan disiplin di sekolah mestilah ditengok dengan serius dan rapi agar kes-kes disiplin dapat dikawal.

No comments:

Post a Comment