Sunday, 5 April 2020

BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN


➽    Sosialisasi
Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Ia juga merupakan satu proses pembelajaran berterusan yang bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam keluarga atau budaya. Dalam kata lain, semakin dewasa manusia akan mempelajari lebih banyak hasil melalui interaksi.

} Sosialisasi Primer (permulaan)  : Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Dalam peringkat ini, semua anak-anak akan belajar daripada ahli keluarga mahupun orang dewasa lain untuk membina konsep diri, personaliti, penaakulan dan kemahiran berbahasa.

} Sosialisasi Sekunder (penyertaan) : Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lingkungan primer (keluarga) iaitu proses mengenai bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru , media massa, bahan yang dibaca, sekolah, kelas sosial dan sebagainya.

}  : SOSIOLISASI NORMAL
Resosiolisasi : Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup yang sedia ada. Hal ini akan berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa daripada masyarakat, sekolah, bilik darjah dan sebagainya.

SOSIALISASI DAN PENDIDIKAN :  Merupakan sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia iaitu guru dan rakan sebagai agen sosialisasi. Hal ini berlaku apabila interaksi sosial berlaku antara seorang murid dengan guru dan rakan-rakannya.

√ GURU SEBAGAI MODEL


RUMUSAN : Melalui bab ini saya lebih memahami apakah cara yang betul untuk para pelajar berinteraksi dan berlajar melalui saranan yang betul. Selain itu, guru mestilah menunjukkan keterampilan  yang baik dan betul agar para pelajar dapat mempelajari perkara yang positif dan betul.

No comments:

Post a Comment