Sunday, 5 April 2020

BAB 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN :)


BAB 1 SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Pengertian Sosiologi   💨
  • Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.
  • Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang  melahirkan pelbagai fenomena sosial
  • Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya. 
👉  Menurut Amir Hasan 2002, sosiologi bermaksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.

 Perspektif Sosiologi  
Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakatmemahami corak interaksi dan proses kelompok.

Perspektif Sosiologi
   MIKRO
Bersifat kecil dan individu
   MAKRO
Bersifat besar, kompleks, dan berfokuskan masyarakat/organisasi
Perbezaan mikro dan makro

1.mikro
  • penagihan dadah merupakan pilihan individu
kesan kesihatan fizikal dan mental ke atas individu
2. makro
  • kes jenayah
  • penyakit berjangkit
  • penurunan kualiti kerja dan pengeluaran
  • pengabaian keluarga dan anak-anak 


Teori Fungsionalisme : Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusandan perkembangan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri yang mempunyai tujuan dan keperluan tertentu. Sebagai contoh, pelajar akan bergantung  pada guru untuk mendapatkan ilmu, guru bergantung pada kurikulum yang akan mereka gunakan untuk mengajar dan kurikulum ini dibentuk oleh mereka yang bertugas di Jabatan Kurikulum. Teori ini berfungsi untuk memastikan masyarakat itu bergerak. Tujuannya adalah untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat untuk kestabilan negara. Pendekatan fungsionalisme boleh disamakan seperti bahagian anggota badan yang mempunyai peranan masing-masing dan setiap anggota itu bergantung di antara satu sama lain untuk berfungsi. Teori fungsionalisme dalam pendidikan ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya. Mengikut teori ini, tugas utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai dan peraturan yang terdapat dalan sesebuah masyarakat.
Teori Konflik : Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing. Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam masyarakat yang sering bertelagah.Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa,kekayaan,kebendaan,kehormatan dan  berpengaruh.Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka. Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik dengan pendidikan.Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar tentang status budaya. Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana status budayanya diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah ,manakala “orang luar” berdepandengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah. Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap, tingkah laku, kemahiran, intelektual dan sosialisasi.
Teori Interaksionisme : Teori interaksi simbolik adalah teori yang bersifat mikro. Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawaa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial.Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang menbentuk realiti. Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka juga melihat kepada aspek organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat mempengaruhi sekolah. Contohnya, mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru. Kelakuan tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat. 

RUMUSAN 💭
Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai perbezaan antara teori-teori tersebut. Namun, pada pandangan saya , saya rasa apa yang tokoh-tokoh fungsionalisme dan konflik lebih mengutamakan fungsi perlakuan sosial dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan survival masyarakat selain bagaimana perubahan sosial berlaku dalam masyarakat. Manakala teori  interaksionisme melihat dari sudut individu contohnya apa yang berlaku di sekolah tanka mengiatkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. 

No comments:

Post a Comment