Tuesday, 7 April 2020

BAB 5 PENGURUSAN MURID


BAB 5 PENGURUSAN MURID J  



PENGURUSAN REKOD MURID :
√ Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card)

√ Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning)

√ Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru)

√ Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan

√ Perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas – disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.
Peranan guru kelas

 ≤ Mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga.

  ≤ Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.

  ≤ Menyemak dan membetulkan ralat.

  ≤ Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).

Kepentingan Rekod Murid

  1. Memantau kemajuan murid
  2. Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
  3. Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan
Kepentingan maklumat murid kepada guru

.  Mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran

.  Memerlukan bimbingan khas

. Bantuan kewangan

. Menentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.


              
PERBEZAAN JANTINA
=  Lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza.
=  Pertumbuhan peringkat remaja, perempuan berkembang lebih pesat dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki.
=  Masalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina.
=  Guru harus menyedari perbezaan jantina semasa membuat rancangan pelajaran.

PERBEZAAN KADAR PERTUMBUHAN FIZIKAL
=  Setiap individu mempunyai corak petumbuhan unik.
=  Kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama.
=  Masalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.

PERBEZAAN PERKEMBANGAN MENTAL
=  Walaupun berada pada peringkat umur yang sama, tetapi murid-murid mempunyai corak perkembangan mental yang  berbeza.
=  Wujud secara semula jadi.
=  Guru menghadapi masalah melayani murid mengikut perbezaan yang wujud.

PERBEZAAN MINAT & KECENDERUNGAN
=  Murid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran dan sebaliknya.
=  Walaupun wujud perbezaan ini, murid masih ditempatkan dalam kelas atau aliran yang sama.
=  Guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan, bahan, dan alat bantu mengajar.

PERBEZAAN  STATUS SOSIOEKONOMI
=  Pelbagai status sosioekonomi membina keyakinan diri yang berbeza.
=  Murid-murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin kurang menceburkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran.

PERBEZAAN KECERDASAN  INDIVIDU
=  Kebolehan yang berbeza dalam bidang tertentu. 
=  Seorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. Guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai ‘pandai’ dalam satu bidang pengajaran semata-mata.
=  Perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan kecerdasan yang wujud dalam diri individu.

kesediaan belajar


KESEDIAAN KOGNITIF
>  Berkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir

>  Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.

KESEDIAAN AFEKTIF
>  Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan.

>  Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.

KESEDIAAN PSIKOMOTOR
>  Penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.

>  Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. 

rumusan : Dalam pengurusan murid, kita akan bersedia  untuk menghadapi cabaran iaitu kena berhati-hati dengan rekod para pelajar. SELAIN ITU, KITA JUGA MESTILAH SENTIASA MEMBERIKAN PARA PELAJAR UNTUK BERSEDIA DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL KERANA PERBEZAAN DARI SEGI JANTINA , KECERDASAN INDIVIDU, DAN SEBAGAINYA. Kita juga perlu sentiasa memastikan semua murid akan dilayan dengan sama rata. 

No comments:

Post a Comment