BAB 4 KEPIMPINAN DAN ORGANISASI 😄
KEPIMPINAN : Merupakan seni untuk mempengaruhi tingkah laku
manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi dan membimbing
seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.
ORGANISASI : Menurut Dewan Bahasa organisasi ialah keupayaan
memimpin melalui teladan. Organisasi yang baik mempunyai orentasi visi dan misi
ke depan. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan
yang efektif di sekolah, di samping di sekolah lebih tersusun unutk mewujudkan
suasana kondusif.
√ Pentadbiran
di peringkat sekolah bermula dengan PENGETUA
dengan dibantu oleh Penolong-
penolong Kanan yang terdiri daripada Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum ,
seterusnya Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran dan
juga pekerja-pekerja perkeranian.
√ Kepimpinan diwujudkan dalam mana-mana aktiviti yang
disusun secara rapi dan sistematik. Terdapat tiga teori kepimpinan, iaitu teori sifat, teori
tingkah laku dan teori kontigensi. Teori sifat merupakan
kualiti yang dimiliki oleh seseorang untuk melayakkan seseorang itu menjadi
pemimpin. Teori tingkah laku berorientasikan
tugas dan berorientasikan pekerja. Akhir sekali, teori kontigensi merupakan faktor
situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
√ Kepimpinan di peringkat sekolah pula akan
dianggotai oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Berdasarkan Akta
Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 130 (2) (i) memperuntukkan semua sekolah
hendaklah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Tujuan bagi
pelaksanaannya adalah untuk membina persefahaman antara guru dan ibu bapa. PIBG
merupakan organisasi yang berdiri sendiri (NGO). PIBG tidak menerima arahan
daripada pengetua berbeza dengan jawatankuasa lain yang menerima arahan dari
pengetua. Bagi pelaksanaan aktiviti PIBG, ahli jawatankuasa akan menentukannya,
dan pengetua akan hadir sebagai penasihat dan untuk mewakili sekolah. Walaupun
begitu, PIBG tidak boleh
membuat sebarang keputusan dengan sesuka hati. Apa
sahaja keputusan yang hendak dibuat haruslah berbincang dan meminta nasihat
pengetua sekolah.
RUMUSAN : Dalam bab ini kita akan mempelajari tentang sifat
kepimpinan dan mestilah sesebuah sekolah terdapat organisasi agar dapat
kerjasama daripada semua pihak. PIBG juga memainkan peranan penting dalam
pengurusan sekolah namun ia tidak boleh membuat sebarang keputusan dengan
sesuka hati.
No comments:
Post a Comment