Wednesday, 8 April 2020

BAB 11 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA J


  
DEFINISI BUDAYA :
      Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).

      Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).

      Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990).

DEFINISI PELBAGAI BUDAYA : Merupakan satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA :

          



Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).

•Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya.

•Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).

•Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.

•Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.

•Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989).

Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.

Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.

Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.

Sebab utama guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya :

1) Guru-guru tidak tahu/memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
2) Guru tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan.
3) Guru-guru tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai budaya.
4) Guru-guru tidak menyedari mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai budaya.

PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA PERINGKAT SEKOLAH
= AKTIVITI MEMUPUK PERPADUAN DALAM PENDIDIKAN

       

RUMUSAN : Kesimpulannya, dalam negara Malaysia yang tercinta ini mempunyai pelbagau kaum dan budaya, kita sebagai guru mestilah menjadi “role model” untuk menyatukan para pelajar yang berbilang kaum dan budaya. Contohnya kita boleh mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah seperti mengadakan sambutan perayaan, kelab bahasa ke-tiga, dan sebagainya. Dengan ini, saya yakin dan percaya para pelajar yang berbilang kaum dan budaya akan lebih memahami antara satu sama lain , menghormati adat-adat serta pantang larang masing-masing, dan yang penting sekali perpaduan dapat dikukuhkan.



No comments:

Post a Comment