Wednesday, 8 April 2020

BAB 10 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
            

DEFINISI BIMBINGAN : Menurut Crow & Crow, 1960 bimbingan merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupannya sendiri, membuat pilihannya sendiri, dan menanggung akibatnya sendiri.

. Menurut Suradi, 1996 bimbingan merupakan  suatu proses untuk membantu individu memamahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya dia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

. Menurut Amla et al, 2006 bimbingan ialah cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri sendiri.

CIRI-CIRI BIMBINGAN
1.   Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.

2.   Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.

3.   Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.




DEFINISI PENASIHATAN :
. Zuraidah (1994) berpendapat memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.

. Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.

CIRI-CIRI PENASIHATAN :
  1. Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. 
  2. Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
  3.  Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN :

Terdapat 5 fasa iaitu

¢  FASA 1 - Kesedaran GURU sebagai pembimbing dan     penasihat pelajar

¢  FASA 2 - Menguasai Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan dan Penasihatan

¢  FASA 3 - Proses Mengenali Pelajar

¢  FASA 4 - Proses membimbing pelajar
A.   Membina Hubungan
B.   Penerokaan
C.   Definisi Masalah dan Membina Matlamat
D.  Alternatif Penyelesaian dan Pelan Tindakan
E.   Melaksanakan  tindakan
F.   Penamatan

¢  FASA 5 - Fasa Analisis Penilaian

PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELLING DAN PSIKOTERAPI


BIMBINGAN
KAUNSELING
PSIKOTERAPI
 MAKSUD
Merupakan satu set peraturan  yang diberi kepada seseorang individu. Ianya terletak  kepada individu tersebut sama ada ingin patuh atau tidak patuh terhadap bimbingan yang diberi. Ianya dalam bentuk nasihat dan teguran.
Merupakan interaksi antara dua pihak iaitu kaunselor dan klien di mana mereka sama-sama membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh klien. Keputusan akhir dibuat oleh klien  tanpa ada unsur paksaan.
Merupakan satu proses dimana pakar terapi berhubung secara personal dengan pesakit yang mengalami masalah mental, tingkah laku dan masalah peribadi.
KAEDAH
Cara yang ditetapkan oleh pemberi bimbingan  untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam bentuk nasihat  dan teguran.
Kaunselor dan klien berbincang tentang cara untuk menyelesaikan  masalah yang dihadapi oleh klien membuat keputusan tanpa ada unsur paksaan daripada kaunselor.
Melalui terapi khas yang diberikan kepada pesakit seperti terapi tarian dan terapi drama.
 SASARAN
Mereka yang memerlukan  bimbingan. Sebagai contoh, seorang ibu menasihati anaknya.
Mereka yang mengalami pada tahap yang rendah dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien membuat keputusan tanpa ada unsur paksaan daripada kaunselor
Mereka  yang mengalami masalah mental. Sebagai contoh, seorang pesakit mental akan  mendapat bantuan daripada pakar psikoterapi.
SETTING
Sekolah, kolej, dan IPT
Sekolah, kolej, dan IPT
Hospital dan klinik
TEMPOH MASA
Masa singkat 1-5 sesi
Masa singkat 1-5 sesi
Masa yang panjang
PIHAK PROFESIONAL YANG TERLIBAT
Guru biasa, guru bimbingan kaunseling.
Kaunselor, pakar psikologi kaunseling.
Pakar psikologi kaunseling, pakar psikologi klinikal, psikiatri, pakar psiko.
FOKUS
Berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai.
Memberi fokus membantu individu untuk mengunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan yang lebih baik.
Memberi fokus kepada perubahan personaliti.

DEFINISI MENTORING

= Daripada perspektif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu ke individu/ramai (one-to one/many relationship) yang akan meningkatkan tahap professionalisme mantee.

= Sarah Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar  dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan.

= Daripada konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling dan penilaian, di masa guru berpengalaman (mentor)  di berikan tanggongjawab untuk membantu guru baru (mantee)  mendalami perkembangan professional.

√ Mentor – individu berpengalaman
√ Mantee – individu/sekumpulan individu yang ingin maju dalam bidang berkenaan

CIRI-CIRI MENTORING

= Proses pembelajaran yang aktif buat mantee
= Yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan
= Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif
= Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee
= Bertimbangrasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan
= Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.

PROSES MENTORING
1.      Menjalin perhubungan
2.      Merundingkan persetujuan/perjanjian
3.      Perkembangan professional mantee
4.      Menamatkan perhubungan


RUMUSAN : Kesimpulannya, di sekolah kita perlu sentiasa berinteraksi dengan para pelajar dalam proses pengurusan penasihatan murid. Ini akan memberikan para pelajar tidak berasa dirinya diabaikan akibat keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan. Program mentor-mentee sentiasa dilaksanakan di sekolah agar dapat membantu pelajar yang mengalami masalah atau kesukaran dalam PdP .

No comments:

Post a Comment