BAB
12 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
PEMULIHAN :
•
Program
pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah
dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang
khusus.”
•
Murid
pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran
asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
KONSEP PEMULIHAN :
•
Mengutamakan
prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik.
•
Perbezaan
minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih
lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.
•
Melalui
program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat
dikenal pasti dan dipenuhi.
KONSEP PENGAYAAN :
•
Melibatkan
murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran
asas.
•
Dilaksanakan
melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau
luar kelas.
•
Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap
minima.
OBJEKTIF PENGAYAAN :
•
Membolehkan
murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping
menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah
perkembangan diri dan bakat mereka.
JENIS PENGAYAAN :
•
Pengayaan
(mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam
sesuatu kumpulan.
•
Pengayaan
(menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan
cerdas sahaja.
BERKEPELUAN KHAS :
“Individuals
who differ from societal or community standards of normalcy. These differences
may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural
characteristics. Many of these children may require educational program
customized to their unique needs” -Garciulo (2003)
PINTAR CERDAS :
Menurut Ross (1993), pelajar
pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra
sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat
yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap
yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.
CIRI-CIRI PINTAR CERDAS :
- Perbendaharaan kata yang lebih luas,
- Mempunyai kematangan dari segi penggunaan
istilah,
- Keistimewaan dalam matematik,
- Mencari kesempurnaan kendiri,
- Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang
mudah,
- Petah berkomunikasi.
PENDIDIKAN PINTAR CERDAS :
Kurikulum akademik yang diubahsuai.
Kurikulum sedia ada tidak sesuai dengan IQ yang
tinggi.
Mengandungi proses berfikir secara kritis dan kreatif.
AUTISME
Autisme bermaksud kecelaruan
neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif,
bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.
CIRI-CIRI AUTISME :
– Sukar berkomunikasi
– Mengelak untuk bertentang mata
– Emosi tidak seimbang
– Mencedera diri sendiri
– Sukar memahami orang lain
– Pasif
PENDIDIKAN AUTISME :
– Pendidikan di sekolah kerajaan, swasta atau pemulihan dalam komuniti
(PDK)
– Program bersepadu dan terancang.
– Pendekatan yang dijalankan adalah dari segi tingkah laku pelajar
– Pendidikan inklusif
DISLEKSIA :
Disleksia merupakan keadaan
di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang
digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.
CIRI-CIRI DISLEKSIA :
- Disparaxia (masalah koordinasi
motor-mata-tangan).
- Diskalkulia (merujuk kepada masalah matematik).
- Disgrafia (merujuk kepada bahasa).
PENDIDIKAN DISLEKSIA :
- Pendekatan multi sensori merupakan pendekatan
yang paling sesuai.
- Menggabungkan beberapa deria seperti deria rasa
atau sentuhan, penglihatan, pendengaran dan pergerakan.
- Deria-deria ini dijalankan serentak bagi
memudahkan kaedah pengajaran terhadap pelajar disleksia.
RUMUSAN : Kesimpulannya, walaupun mereka
merupakan golongan pelbagai upaya namun kita tidak boleh berberat sebalah dan
melayan mereka dengan keadaan yang dihina. Golongan tersebut merupakan ciptaan
istimewa daripada Tuhan, jadi merekalah yang kudus ini harus dilayan dengan
adil iaitu kerajaan telah membina pusat pendidikan khas untuk mereka ini.
Selain itu, peranan guru juga penting iaitu sentiasa memberikan pandangan yang
positif terhadap pelajar yang normal itu agar mereka tidak menghina golongan
kepelbagaian upaya ini.
No comments:
Post a Comment