Tuesday, 7 April 2020

BAB 3 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN


BAB 3 J KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
1.    PENGURUSAN: Menurut Stoner, 1984 pengurusan merupakan proses untuk merancang , mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Selain itu, dalam pandangan Robbins , 1984 pula mengatakan bahawa pengurusan merupakan proses untuk mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai sesuatu matlamat.

2.    KEPENTINGAN PENGURUSAN : Dengan adanya pengurusan kita dapat menambahkan pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja sebagai guru, meningkatkan produktiviti , dan mendapatkan keredaan daripada Tuhan.




3.    PENGURUSAN BILIK DARJAH : Menurut Ang Jit Eng ,2014 pengurusan bilik darjah merupakan usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid agar tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).


STRATEGI :


4.    PENGURUSAN SEKOLAH : Menurut Sharpe, 1989 sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Disebabkan keunikan tersebut maka ia memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak “dibeli” oleh mana-mana pengurus organisasi lain. Oleh hal yang demikian pengurusan strategik dalam kalangan pengurus di sekolah amat signifikan agar dapat mewujudkan sebuah sekolah yang berkesan. Menurut Abd Rahim Abd Rashid, 2001 pengurusan sekolah perlu berkreatif dan berinovatif untuk membentuk organisasi sekolah yang dinamis iaitu pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia.

RUMUSAN : Kesimpulannya, pengurusan dan pembelajaran amat signifikan bagi proses pembelajaran yang berkesan dan efektif. Jadi, perlulah kerjasama semua pihak termasuklah ibu bapa, para guru serta para pelajar untuk merealisasikan proses pengurusan dan pembelajaran yang paling baik di dunia.

No comments:

Post a Comment