Wednesday, 1 July 2020

BAB 16 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


BAB 16 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
                                   
=) Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. Pengurusan yang berkualiti akan membantu perlaksanaan Program PPDa diterima oleh keseluruhan komuniti sekolah. Ia juga akan memberi kesan kepada diri pelajar agar tidak mudah terjebak dalam penagihan rokok dan dadah diperingkat awal lagi.
VISI
“SEKOLAH BEBAS DADAH “
MISI
Melaksanakan aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang menyeluruh dan bersepadu daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
MATLAMAT
Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran menentang bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV serta bahan terlarang lain yang boleh merosakkan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
OBJEKTIF
• Mempertingkatkan kemahiran murid berkaitan bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol, HIV dan bahan terlarang yang lain.
 • Memperkasakan ketahanan dan jati diri murid untuk menolak pengaruh dadah dan bahan terlarang yang lain.
• Melahirkan murid kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan PPDa di sekolah.

DIMENSI PENGURUSAN PPDA
Pengurusan PPDa dilaksanakan di sekolah merujuk kepada dimensi pengurusan dibawah untuk memastikan kelancaran aktiviti :
Dimensi 1 = Pengurusan dan Kepimpinan
Dimensi 2 = Pengurusan Pendidikan Pencegahan Awalan
Dimensi 3 = Pengurusan Seranta dan Publisiti PPDa
Dimensi 4 = Pengurusan Pendidikan Intervensi (Fail Sulit)
Dimensi 5 = Pengurusan Dokumentasi Data PPDa
Dimensi 6 = Pengurusan Penyelidikan PPDa
Dimensi 7 = Pengurusan PPDa dengan Agensi Luar


PROGRAM PENGURUSAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH (PPDa)
a)    PPDa Dalam KBSM (Sisipan Dalam P&P ) – SM
=  Pendidikan Pencegahan Dadah diselitkan dalam pengajaran guru.

b)    Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)
=  Dilaksanakan oleh guru melalui P&P dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK).
=  Tajuk P&P boleh dirujuk kepada Buku Teks PJPK (Thn 1 -6) atau merujuk Buku Kit Pengajaran dan Pembelajaran PROSIDAR yang telah dibekal kepada sekolah.
=  Guru PJPK juga merupakan Guru PROSIDAR.

c)    Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) – SM
=  Wajib untuk Sekolah Menengah
=  Berbentuk Persatuan Pelbagai Uniform. (rujuk buku SLAD)
=  Fokus Pelajar Tingkatan 2 ,3,4 dan 5.
=  Sijil SLAD diberikan kepada ahli Tingkatan 5.
=  Disediakan buku aktiviti SLAD.
=  Program berterusan setiap tahun.

d)    Kempen Anti Rokok/Nafas Segar
=  Semua sekolah perlu memantapkan program ini.
=  Ceramah, Ujian Penafasan anti rokok dan pameran anti rokok.
=  Kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah.

e)    Sambutan Minggu Anti Dadah
=  Wajib untuk semua sekolah.
=  Pelbagai aktiviti berteraskan PPDa
=  Dilaksanakan seminggu/hari.




f)     Kempen/Pameran Anti Dadah
=  Dapatkan kerjasama dengan AADK Daerah, PDRM, Pejabat Kesihatan, Pejabat Agama.
=  Sewaktu Minggu Anti Dadah/Mesyuarat Agung PIBG/Sukan/dll.

g)    Aktiviti Karnival/Pertandingan PPDa/Kuiz PPDa
=  Pelbagai aktiviti termasuk kesenian dan kebudayaan.
=  Boleh dimasukkan dalam Minggu Anti Dadah.

h)    Mesej Anti Dadah Dalam Kelas/Perhimpunan
=  Menggunakan buku 5 minit Mesej Anti Dadah.
=  Perlu dijadualkan tajuk dan guru/pelajar bertugas.

i)     Program Intervensi Pelajar (SM)
=  Berfokus kepada pelajar-pelajar yang berisiko
=  Program berbentuk kem kesedaran/pemulihan pelajar.
=  Sekolah boleh laksanakan dengan gabungan Badan disiplin/Agama/Kaunseling.
=  Boleh dapatkan kerjasama dengan Pejabat Agama Daerah.

j)     Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) – SM
=  Wajib dilaksanakan.
=  Berfokus kepada semua pelajar Tingkatan 5.
=  Kerjasama dengan Unit HIV/AIDS, Pejabat Kesihatan Daerah.

k)    Program Keibubapaan
=  Memasukkan program PPDa dalam aktiviti melibatkan ibu bapa. Contohnya ceramah Masalah Dadah dikalangan remaja di Mesyuarat Agung PIBG.
=  Kerjasama dengan unit PPDa atau AADK Daerah.

l)     Program Perkembangan Staf
=  Aktiviti membantu PPDa
=  Menaiktaraf Bilik Sumber/ Lorong PPDa
=  LDP/Ceramah PPDa

m)  Program-program lain yang berkaitan
=  Kerjasama dengan Kelab PROSTAR atau Doktor Muda
=  Kerjasama dalam aktiviti peringkat komuniti/daerah.
=  Program Intervensi bersama AADK/PDRM.
=  Program-program anjuran AADK/PDRM/Kesihatan/JKM/PEMADAM dsb.

BUKU-BUKU PPDa
=  Perancangan Strategik 5 Tahun PPDa
=  Panduan Perlaksanaan PPDa di Sekolah
=  Pekeliling Ikhtisas PPDa Maran
=  Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
=  Jurnal PPDa
=  Pelaporan PPDa 2009
=  Buku Kit Pengajaran dan Pembelajaran PROSIDAR

RUMUSAN : Kesimpulannya, pihak kerajaan telah mengadakan beberapa program di sekolah demi pencegahan dadah. Penggunaan dadah semakin berleluasa di negara kita,oleh itu, kita mestilah mencegahnya dengan sedia upaya. Sebagai bakal guru atau guru, kita mestilah sentiasa memupuk kesedaran dalam kalangan murid agar mereka tidak terbabit dalam dadah. Kerana sekali dadah, hancur seumur hidup.

BAB 15 : PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH


BAB 15 : PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH
                          



Sekolah selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat iaitu warga sekolah mersa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.
CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT
-       Ada pelan kecemasan
-       Mempunyai peraturan
-       Mempunyai pengawal keselamatan
-       Sekolah dikelilingi pagar


-       Dilengkapi dengan CCTV
-       Mempunyai guru bertugas
-       Dilengkapi dengan peralatan kecemasan seperti pemadam api dan pili bomba
SURAT PEKELILING IKHTISAS.
-       Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. 8 ( 88 )
-       Keselamatan Diri Murid Pergi Dan Balik Ke Sekolah. 8 ( 99 )
-       Menangani Masalah Keselamata, Dadah Dan Gengster. 6 ( 00 )
-       Mencegah Kebakaran Di Sekolah. 7 ( 00 )
-       Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. 4 ( 02 )
-       Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti / Program Di Luar Waktu Persekolahan. 8 ( 09 )
-       Pengurusan Keselamatan Murid Di Sekolah. 8 ( 11 )
                      
    Pekeliling di atas adalah surat JPN yang memberitahu sekolah tentang Pengurusan dan Keselamatam Makmal Sains/ Bilik Sains di Sekolah. Pihak JPN ingin menegaskan bahawa pihak sekolah perlu mengambil berat tentang keselamatan pelajar semasa menjalankan amali. Hal ini kerana pelaksanaan amali dalam mata pelajaran Sains merupakan satu kaedah PdPc yang amat digalakkan untuk dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Pihak sekolah diingatkan untuk mengikuti Standard of Procedure (SOP) dalam Makmal Sains berdasarkan kepada Buku Panduan Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah (Edisi Kedua)yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.
     Aspek keselamatan adalah amat penting dan semua pihak haruslah peka dan mengambil langkah waspada. Keselamatan ini perlu diberi perhatian tidak kira dimana-mana kawasan sekolah seperti pintu pagar, makmal, bilik darjah, padang dan dewan sekolah.
LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEREALISASIKAN POLISI SEKOLAH SELAMAT :
1) Penglibatan Warga Sekolah
. Mewujudkan guru bertugas mingguan iaitu bertugas di pintu masuk dan kawasan bangunan sebelum dan selepas persekolahan.
· Guru berada bersama pelajar pada setiap  program dan aktiviti sekolah.
· Guru mengawasi dan makan di kantin sekolah. 
· Warga sekolah dilatih mengatasi sebarang krisis yang berlaku dan memahami tanggungjawab terhadap pencegahan dan menghadapi kecemasan.


2) Latihan Dalam Perkhidmatan
.Program orientasi kepada staf baru tentang polisi, prosedur dan tanggungjawab ke arah ke sekolah selamat.
·Memberi masa dan sumber yang mencukupi dalam latihan perkhidmatan untuk warga sekolah bagi memastikan tidak berlaku keganasan di sekolah.
3) Kelab Pencegahan Jenayah
· Kelab ini merupakan badan sukarela yang dilaksanakan oleh pertubuhan bagi mengurangkan salahlaku jenayah dan meningkatkan kawalan serta keselamatan. 
.Tujuan kelab ini ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap peraturan dan tanggungjawab sekolah serta menukar pandangan  pelajar supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka dan melaporkan situasi yang tidak menyenangkan.
4)Kawalan Keselamatan
·  Setiap sekolah perlulah menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan supaya persekitarannya rasa bebas dari ancaman keselamatan iaitu dengan cara mewujudkan perancangan keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran,tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan.

5) Peranan Ibubapa Dan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
·  Ibubapa menyokong Program Sekolah Selamat dengan secara sukarela melibatkan diri dalam aktiviti rondaan keselamatan, bantuan, pemantauan dan program pendidikan keibubapaan dimana ibu bapa belajar kemahiran menolong, menerima khidmat kaunseling dan belajar berkenaan akibat tingkahlaku keganasan di sekolah.
    6) Pegawai Personel
·Pegawai personel ialah seorang yang di tugaskan bertanggungjawab untuk memimpin, menyelaras dan membantu dalam memastikan persekitaran sekolah selamat wujud.
·Pengawal keselamatan sekolah ada sepanjang masa persekolahan dan dalam semua program sekolah.
7) Jawatankuasa
· Setiap sekolah perlu menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
.Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program / polisi sekolah selamat dan membantu dalam pengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku.
RUMUSAN : Kesimpulannya, semua pihak mestilah mengikuti polisi sekolah selamat untuk memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menyediakan beberapa pekeliling agar para murid mengetahui peraturan-peraturan dalam sekolah. Para guru juga mestilah mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semua murid berada dalam keadaan yang selamat dan bilik darjah juga mestilah disusun mengikut polisi keselamatan. Pegawai keselamatan juga mestilah sentiasa berwaspada kepada orang yang ingin memasuki ke dalam sekolah, mereka mestilah mengisi buku log dan mempunyai alasan yang logic apabila hendak memasuki ke dalam sekolah.

Sunday, 21 June 2020

Biodata ringkas & Kelas sayaaaa

Hiii, nama panggilan saya Felicia Khoo. Saya pelajar semester 2 , course TESL. Hobby saya ialah menyanyi, bermain piano, membaca novel (semua novel tentang sejarah, polis, adventures, sains- Stephen Hawking) dan berenang. Saya merupakan seorang yang agak malu untuk bergaul tetapi akan berusaha untuk buang rasa malu itu. Caption hidup saya ialah " Have courage, be kind, stay humble". Saya percaya jika saya mempunyai hati yang ikhlas dan baik, the world will be a better place dan semua orang akan hidup dalam keadaan yang gembira. Anak tunggal dalam family jadi saya akan try my best untuk banggakan ibu bapa saya . Strive for the best 4.00 !!!!!

Mengenai kelas ini, saya memang bersyukur dan gembira kerana mempunyai lect yang bagus dan classmates yang gila-gila. Saya suka kumpulan mereka, especially kumpulan kerol tuu , saya suka vibe mereka yang happy go lucky, dan ini akan membuat kelas jadi sangat sangat lively. Selain itu, saya juga nak minta maaf dengan Dr kerana asyik-asyik jerrr chat Dr tanya ini itu , namun saya berterima kasih kerana saya mendapat ilmu. Saya harap kelas kita ini semua akan capai result yang diingini. Saya juga harap akan dapat kawan-kawan yang gila-gila , happy happy niii, walaupun saya seorang yang agak bosan 😅 dan malu. Terima kasih kelas dan Terima kasih Dr. Semoga kita diberkati oleh-Nya.

Monday, 13 April 2020

BAB 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


BAB 14 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


√ ALAM PEMBELAJARAN
 .  Persediaan ke alam sekolah
 .  Kajian di sekolah
 .  Program Perantis Guru (PPG) 1 & 2

√ KEPERLUAN PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Perancangan perlu dilakukan untuk:
- memenuhi masa yang diperuntukkan
- menepati kehendak objektif /  matlamat
- berkesan sepanjang waktu pengajaran
- menarik perhatian dan tidak membosankan

√ OBJEKTIF PENGAJARAN
1.      Objektif implisit 
Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
- memahami
- mengetahui
- menghargai sesuatu yang telah diajar

2.      Objektif eksplisit
Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
- menyenaraikan
- menjelaskan
- memberikan contoh
- menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

√ BUKU REKOD MENGAJAR
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
1.  Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
2.  Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.
   (isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan-sukatan kebangsaan)

√ KOMPONEN P&P
Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk pengajaran ialah
- Objektif pengajaran
- Strategi pengajaran yang sesuai
- Bahan bantu pengajaran
- Maklum balas pelajar
- Penilaian

√ SUMBER-SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti :
- buku teks
- buku rujukan
- buku latihan
- lampiran nota
- Alat audio visual
- LCD
- komputer/ TV
- peta / gambarajah   


            


√ PROSES P&P PERLAKSANAAN P&P SET INDUKSI
- Langkah permulaan dalam proses P&P
- Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar
- Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi

√ PERKEMBANGAN P&P
- Penyampaian isi pelajaran
-Teknik penyampaian guru & Teknik Menyoal
- Penggabungjalinan
- Penyerapan, Pengukuhan &Pengayaan
- Pemulihan &Penilaian
- Hasil pembelajaran murid

√ PENUTUP
Aktiviti yang dijalankan seperti :
1)  susulan
2) penilaian objektif pengajaran
3) membuat kesimpulan
4) rumusan

√ PENGURUSAN KELAS
Tanggungjawab guru menguruskan kelas
 Guru bertanggungjawab :
- menguruskan rutin kelas
- menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar
- menyedia dan melaksanakan rutin kelas
- mengutip yuran
- memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini
- menjalankan tugas-tugas lain
- mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian
- mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi
  peraturan kelas
- mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P


√ PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR
a) Penulisan persediaan mengajar
b) Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar
c) Persediaan bahan pengajaran
d) Persediaan peralatan pengajaran
e) Persediaan ruang pengajaran
 f) Persediaan kemahiran dalam pengajaran

√ PENYELIAAN PENGAJARAN AMALI
1.    Pengenalan
2. Tunjuk cara oleh guru
3. Agihan kerja pelajar
4. Penyeliaan aktiviti amali
5. Penilaian/ refleksi aktiviti amali
6. Pembersihan makmal
7. Penutup

√ PROGRAM PERANTIS GURU 1 & 2
KONSEP :
. Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah
. Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
. Pendedahan awal

OBJEKTIF :
Program ini memberi peluang kepada guru untuk
. Menyesuaikan diri
. Meninjau persekitaran
. Mengumpul maklumat tentang pengurusan,kurikulum, dan prasarana
. Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah.
. Merekod pengalaman melalui folio
. Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan

√ BIDANG TUMPUAN TUGASAN PPG
Pengurusan
- Prasarana
- Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling
- Ko-Kurikulum

√ PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PELATIH
—  Hadir  taklimat
—  Faham objektif
—  Lapor diri dan bina hubungan baik dengan pihak sekolah
—  Mengamalkan etika
—  Membantu guru dalam kokurikulum
—  Mengumpul maklum balas
—  Menyediakan folio PPG
—  Menyerahkan borang rumusan serta folia kepada pensyarah
—  Perbelanjaan tanggungan sendiri
—  PPG 2 guru pelatih diminta mengajar dan sediakan P&P

√ GARIS PANDUAN, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK SEKOLAH
—  Bekerjasama dengan pihak UPSI
—  Melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping
—  Membantu guru pelatih menyesuaikan diri
—  Membantu mengumpul maklumat sekolah
—  Beri peluang membuat pemerhatian semasa P&P guru berpengalaman berlangsung
—  Awasi displin dan kehadiran guru pelatih
—  Melapor sebarang kes mengenai guru pelatih dari masa ke semasa ke UPSI
—  Menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen lain ke UPSI


RUMUSAN : Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita mestilah memainkan tanggungjawab yang penuh demi anak-anak murid kita. Kita juga perlu sentiasa menyediakan bahan-bahan yang hendak diajar, menyediakan rekod RPT dan sebagainya. Sebagai seorang guru pelatih pula , kita mestilah sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang. Sentiasa merendahkan diri dan mempunyai sikap yang rajin belajar serta bertanya guru-guru senior yang ada di sekolah. Dengan ini, saya percaya kita akan Berjaya menjadi seorang guru sebenar yang berjaya dan bertanggungjawab.

BAB 13 SEKOLAH DAN PERSEKITAN

BAB 13 SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



∑  HUBUNGAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
      Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
      Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah. 



        

∑ FAKTOR LUARAN DAN FAKTOR DALAMAN DI SEKOLAH

      Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, dan murid.
      Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat.
      Terdapat hubungan antara faktor-faktor luaran sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.

= Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.

      Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan guru-guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
      Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. 
      Pengetua haruslah mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru.

∑ HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK LUAR DARI SEKOLAH

      Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
      Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.
      Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
      Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya.


           

∑ HUBUNGAN TIGA DIMENSI ANTARA SEKOLAH, IBU BAPA DAN MASYARAKAT
•      mencapai matlamat atau objektif yang sama
•      perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
•      gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat

∑  MATLAMAT PERKONGSIAN
- Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang tidak wujud bersendirian.
Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)
- Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat untuk mengatasinya.

∑ KEPENTINGAN PERKONGSIAN
•      Masyarakat dan Sekolah: Saling memerlukan
•      Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat
•      Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. 
•      Budaya adalah hak masyarakat.
•      Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan masyarakat.

∑ HUBUNGAN SEKOLAH DAN IBU BAPA (PIBG)
•      Ibu bapa hendaklah menjadi role model  kepada anak.
•      Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara para guru dan ibu bapa.
•      Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketika bertugas)
•      Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.
•      Perbincangan boleh diadakan dari semasa     ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
•      Kepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan.
•      Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.
•      Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
•      Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah.
•      Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
•      Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan.
•      Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. 
•      Menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan.
•      Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.


RUMUSAN : Kesimpulannya, sekolah dan persekitaran mempunyai hubungan yang rapat iaitu dengan adanya kerjasama kedua-dua pihak, maka ini akan mewujudkan suasana sekolah serta hubungan yang baik antara sekolah dan masyarakat. Pihak pentadbir perlulah sentiasa mengambil perhatian terhadap perkembangan para guru dengan anak-anak murid. Hal ini dapat memberikan suasana  ”win-win” iaitu melahirkan permuafakatan antara sekolah dengan masyarakat.